FIND THIS!

Sabtu, 11 Ogos 2012

selamat berpuasa dan menyambut syawal...

adapun hari2 yang kita lalui,dengan perasaan malu kadang2 bila anak sendiri yang mula mengajak kita pergi ke terawikh bilamana kita terfikir mungkin hendak rehat malam tersebut. anak-anak kita mungkin pendorong bagi kita untuk memperbanyakkan amalan kita dan menjadikan kita lebih taat kepada Allah. apapun,bersyukurla dengan apa yang telah berikan kepada kita.selalunya pun, bila masa kita berdoa kita sentiasa mendoakan supaya tuhan makbulkan doa kita..walhal kita sepatutnya mendoakan semoga Allah memberikan yang terbaik untuk kita, walaupun ia bukan semestinya yang bagus untuk kita pada masa itu. kadang2 apa yang berlaku pada kita memang sukar untuk kita hadapi. dan kita kadang2 juga merungut tentangnya. tetapi siapa tahu apa hikmah disebalik apa yang berlaku selain Dia? semoga puasa kita tahun ini akan mendapat lebih berkat dan rahmat dari Allah dan menerima semua ibadat yang telah dan akan kita lakukan.. sebaik2 kata dalam bulan ramadhan ini adalah.... semoga kita akan dipertemukan tuhan dengan malam yang satu....insyaallah...

Sabtu, 21 Julai 2012

selamat berpose

selamat datang kepada ramadhan.tahun nie ade lagi peluang untuk kita same2 menunaikan ibadah pose.semoga segala amalan kita akan diterima olah Allah dan kita sama2 berusaha dalam mencari redha Allah. malam semalam adalah malam pertama ramadhan, dan malam ni malam kedua.aku lihat di masjid penuh dengan jemaah datang menunaikan solat terawih. ingin sekali aku melengkapkan solat terawih selama sebulan.kadang2 malas datang jugak.kadang2 nafsu berbuka besor sangat sampai sendat perut nak sembahyang..ketika itu mata mengantuk sangatla... walau apapun yang kita buat, semoga kita akan sentiasa berusaha untuk menambahkan lagi pahala kita dengan mengambil peluang ramadhan tahun ini. mungkin selama ini banyak amalan kita yang tidak sempurna dan kinila masanya untuk kita menampung mana2 ibadat yang lompang tersebut.. sama2 kita puasa dengan sempurna yang mampu...banyakkan zikir dan menyebut nama2 Allah...banyakkan istighfat...banyakkan solat sunat...banyakkan berdoa...semoga tuhan menjadikan kita hamba yang lebih baik daripada sebelum ini..

Rabu, 18 Julai 2012

ketam ketamla jua...

gambar daripada web (http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/02/apabila-ketam-menyuruh-anaknya-berjalan.html) baru2 niee aku ader g ceramah..penceramah nie semua orang nak kenal...sbb orang yg berpangkat. saya setuju dengan pa yang beliau cakapkan.seratus peratus. tetapi dah banyak kali ceramah sebegini yang saya ikuti. mereka lebih kepada hendak memberikan idea bernas mereka supaya kita boleh gunakan dalam pekerjaan kita. cuma saya rasanya ade satu perkara yang mereka terlupa atau sengaja buat2 lupa atau yang mungkin sewaktu dengannya. untuk mencadangkan kerja kepada orang lain itu memang kami hargai,sgt2 hargai. tetapi untuk kami menggunakan apa yang awak berikan itu perlu juga melihat kepada peluang dan ruang kami. setelah semua ruang dan ruang kami telah diisi dengan semua bende2 yang memang dah penting, manakan lagi ada ruang untuk disumbat program yang tuan cuba untuk terapkan. untuk menjadi seorang ketua yang baik kita kene tahu apa masalah yang bawahan hadapi.ini memungkinkan kita untuk mencari lebih peluang dan ruang penambahbaikan...] setakat mencadang dan minta kami implement kan, tahula dahulu masalah kami. adakah masa kami mencukupi untuk lakukan semua benda ymng awak sendiri labelkan penting???? manakan boleh dah kalu spesis ketam nak diajarkan cara berjalan catwalk?????

Rabu, 11 Julai 2012

kemalangan lagii..

petang semalam selepas selesai kejohanan olahraga sekolah, aku pulang dengan badan yg keletihan, kaki yg luka berbalut plaster pada kedua2 ibu jari kaki.rehat...itulah yg badan ini perlukan.. manalah kita tahu malang akan berulang.. malamnya, isteri aku keluar untuk ke sekolah melakukan kerja2 amal.tgh nak lelap mata, tiba2 dia meluru masuk. abang, kereta kita accident.. langgar orang ker aku tanyer... tak ah, masuk longkang. aku tak tahula korang percaya tak, tapi biler dia kata masuk longkang tu aku dah lega...bukan sbb apa, harap2 takder la nk kene bayar ganti rugi pada orang... sedihnya memikirkan, kancil br jer masuk workshop sbb aku langgar lembu.tb2 arini bini aku lak accident... mungkin dah sampai masanya dia suroh kami ni tukor kereta..aku cakap kat bini aku...kita nie mcm kene balasan tuhan sbb kufur nikmat kot.. duit melambak,tp xnak guna untuk keselesaan hidup..moga2 lepas ni bini aku satujula nak ambik kereta baru.. nak tahu kereta apa?....tunggula...

Sabtu, 7 Julai 2012

hati..

ader pepatah yang mengatakan,berat mata memandang berat bahu memikul.. ader satu ceramah semalam aku dengar..dia kate, tidak ade perkataan yang terbaik kecuali untuk beberapa perkara.dan perkara yang aku igt adalah... ....kata2 doa daripada seseorang yang mendoakan kepada orang lain. benarkah begitu sukar untuk kita mendoakan orang lain? kenapa sampai begitu? sekiranya anak didik saya minta saya doakan kejayaan mereka,dimana2 saya jumpa,pada masa itu juga saya akan tadahkan doa, seikhlas hati mendoakan mereka. berdoa untuk orang lain... tidak ada disyaratkan bagi seseorang berdoa pada saya, cukupla hati yg ikhlas, tadah tangan, dan menyebut nama Allah. hari ini saya ke padang dan terpandang seorang ibu bersama seorang anaknya yang istimewa.. sedih hati ini melihat apa yang sanggup ibu itu lakukan untuk anak dia.membawa anaknya keluar dari rumah bg melihat2 dunia luar.. pada ketika aku melihat mereka, terus hati aku ingin berdoa..dengan hati aku yg sebak, mata yg berair, dan aku berkata.. ya Allah, berikanlah sebaik2 ketentuan olah MU terhadap mereka, kerana Engkau lah Yang Maha Mengetahui.. sukarkah untuk kita berdoa? gambar dari: http://born2touchurheart.blogspot.com/2010/12/doa-agar-allah-berikan-rezeki.html

Rabu, 27 Jun 2012

bisul

sedih betul hati ayah bila mana anak selalu sangat menangis dan merengek. anak aku yang bongsu, tuan ahmad muaz, kene bisul betul2 ka dagu.nak minum susu, tersentuhla.nak hisap puting kosong pun kene.tiap2 masa dia asyik nangis jer.kesian...hati aku sangat sayu bila anak menangis...dulu anak pertama selalu jg menangis masa dalam pantang,tp yg ini selalu sakit2. asyik silih berganti sakitnya...mula2 dia ulser dalam mulut..nangis jer,minum sus pun kurang.pasti demam plak... dah baik demem kene plak bisul.. malam tadi isteri dah pecahkan..teruk dia menangis mas tu.kau lak, tak sampai ati nak buat macam tu.banyak jg darah dan nanah keluar..harrrap2 dia sihat lepas nie.tapi selepas malam tadi, dah pecahkan bisul tu, dia dah ok tidur.. alhamdulillah...

Jumaat, 22 Jun 2012

imam mahdi

sekarang rasanya macam terlalu banyak info imam mahdi di internet. macam2 yang diorang tulis...dari mana akan munculnya imam mahdi? banyak sangat teorinya...ntah kenapa kita masing2 nak cakap imam mahdi datang dari negara mana?penting sangat ker? nabi cakap kene berpegang kepada al quran dan.... kite masing2 bulih jer bentang teori2 ni senang2? kesian lak aku nengok..bukan ape, semua ader teori dan masing2 pakai hadith yang lebih kurang sama...tapi selain daripada tu, ulasan semua nya balik2 kepada teori masing2... kalau di ikutkan, kita semua tak tahu mana yang betul, sebab tu kita pakai jer teori masing2...sambil2 kita dok gaduh3 pasal teori ni, agak2nya apa yang conspirator tengah buat?mungkin mereka juga ader agen di kalangan kita yang telah menghangatkan perbincangan ini dengan tujuan supaya kita saling bertikam lidah dari mana imam mahdi akan muncul... sedih nye.bukan orang calang2 yang menulis semua nie...tapi adakah mereka ade memikirkan bahawa mereka telah menjadi buah catur conspirator? menghangatkan dan melarikan fokus umat islam bukan kepada mencari dan mengakui kedatangan imam mahdi, tetapi menggunakan teori masing2 mungkin utk mengatakan bahawa imam mahdi di negara mereka adalah 'yang benar'?supaya kita akan bergaduh hanya semata2 untuk menegakkan teori maisng2? jom la kite pikir2 kan...

Khamis, 21 Jun 2012

assalamualaikum... betulla kata orang malang tidak berbau...tapi hasilnya mungkin. selepas aku terlanggar seekor lembu kelmarin dengan kereta kancil aku, sedih gak melihat sang lembu tersadai di tepi jalan. tapi dah nasib dia, dah nasib aku, dah ketentuan Allah. teruk jugak kancil aku tu...radiator,bunper, lampu, fender tepi, habis bahagian depan,tapi sebelah kiri jer. untung gak ade insuran,bior jer bengkel buat kerja diorang, claim kt insuran. selama ni dah banyak bayar insuran, sekali sekala claim jer la...nak tanggung sendiri, ai, bayak gak, rasa2 habis dalam 3 riban kalu aku repair sendiri... tak patut betul mereka semua ni, ader ker bela lembu dengan cara lepas merata2. pastu masa kene langgar, takder lak tuan punyer lembu datang... banyak lembu2 lain yang seangkatan dengan mangsa kejadian aritu...ingt2 aku, nak jer aku sembelih semua lembu2 tu...tapi tu dah jadi kes zalim lak... tapi polis pekan ade bagitau aku, lembu2 tu akan ditangkap sekiranya ade aduan kepada majlis daerah...kita kene buat aduan baru diorang boleh buat kerja... apa2 pong, selamat memandu,k?

Khamis, 19 April 2012

ibu sakit,aku nak balik. ader plak ujian lain,lupa nak bayar roadtax. sebuah kete nak gerak, kancil, susah sikit.. pastu adik beradik mintak duit nak bayar duit rawatan ibu.. duit yang sedia ade tak nak gune, kononnye untuk simpanan ayah. kenapa tak leh guna untuk bayar rawatan ibu? manusia... jenis nya banyak, fahamnya bukan kecik, ragamnya bukan satu, kenapa nak rumitkan keadaan yang sedia ada? sukarnya, ya Allah, nak menang dengan abang..... menang kalah, kalah pun kalah, diam, sampai bila, buka mulut datangla angin...

Sabtu, 24 Mac 2012

dipetik dari http://kudeed.tblog.com/
Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak pompuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut ! Ni kes berebut anak lelaki le.... Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir,macam mana nak selesaikan masalah tersebut.Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut! Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya le apa masalahnya. Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum.Korang nak tau tak, apa yang dia suruh buat ? Alah...bukannya suruh potong dua cam dalam citer melayu lama tuh ! Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut. So, setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut. Maka doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan ! Semoga menjadi panduan buat kita semua......

Rabu, 21 Mac 2012

kate la guane pon, maroh la kuat mane pon, biler kite balik, tengok jer muker die.....tenang.tulah namenye anok kite... hok sedak molek, mok siap kabo agi...mung kalu nok tengok muke ngan perangai mung dulu, mung tengok jer muker anok mung oh...hok kuat nangis ke, hok kuat hisap botol ker, hok kuat tido ker, ade blake seme... tapi boh, ader hok ngelat....hok baik2 seme ikut die....sebab hok tok molek tuuuhh.....ikut bini ah.... ooo sedak boh cakap ale ker kiter...sebab ape? cakap nie tok payoh bayor boh... pah ceroh bulih kalu nok cakap hok gitu...ke guaner??????

Isnin, 19 Mac 2012

aku selalu pening bila mana memikirkan banyaknyer kerja yang belum selesai. kadang2 kerja kat sekolah yang menuntut perhatian, masa dan tenaga.. merancang aktiviti untuk keesokan hari...ingin menjadi guru yang mengajar dengan cara yang kreatif, dan melahirkan pelajar yang minat sains... a good teacher inspire his students.... semoga aku menjadi seorang guru yang terbaik....sebagaimana aku mahukan seorang guru yang pernah mengajar aku, begitulah aku perlu mengajar anak2 didikku hari ini.cuma yang berbeza pada kaedah dan teknikal... semasa di rumah, peningnya adalah dengan kerenah mereka.walau anak baru 2 orang, tapi rumah dah macam dok setinggan.belom pon lagi adik sempat berenti nangis, si abang plak sambung radio buruk...macamner tak buruk,bunyi eeer ereerere eereeeee jer manjang.takde senikata langsung. kalu di fikirkan, masa dok sorang2 memang tergelak beso.apa yang diorang buat sebenornya kita semua pernah buat,kan? budak2, apalagi yang diorang tahu buat selain menangis... ader member kat skolah cakap...orang yang marah kat budok2 nir, otak dok betul...sebab budak mana tau mende2.die mane tau betul salah, mana tau bulih buak ke dok...yang penting dia rasa seronok jess... sampai la ader member aku hok lening pindoh doh kelante, anok dia baling smpi pecah lcd tv, dia buat rileks jess.... aku sungguh kagum...

Ahad, 11 Mac 2012

sudah terlalu lama terlupa untuk aku ungkapkan kata2 cinta untuk isteri.adakah kita semua begitu? walhal, pernah satu masa dahulu kita adalah seorang pemuja cinta,yang dambakan kasih dari dia? kenapa tiba2 perasaan itu hilang sejak kita telah memiliki dia? setelah kita mempunyai anak? terasa jelekkah untuk mengungkapkan kata2 cinta itu? kita selalu kata inginkan seorang yang romantik dalam hidup kita.tapi selepas sahaja kita memiliki wanita tersebut semua yang pernah kita lakukan untuknya telah hilang...dan tiap kali melihat kembali apa yang pernah kita lakukan satu masa dulu. romantik mungkin adalah sifat yang lahir dalam diri seseorang yang ingin untuk menghargai insan lain. semoga apa yang pernah kita lakukan dahulu bagi menghargai wanita yang hadir dalam hidup kita tidak akan berakhir setelah kita mendapat anak2, dan usia yang kian memamah diri kita....

Sabtu, 25 Februari 2012

sambungan...

“Seks Adalah Perkara Biasa Bagi Pelajar Sekolah oleh http://mynewshub.my/2012/02/05/seks-adalah-perkara-biasa-bagi-pelajar-sekolah/ Di sini adalah tanggungjawab ibu bapa yang cuba untuk meletakkan kesilapan mereka kepada guru-guru di sekolah. Tidakkah mereka merasakan malu sekiranya anak mereka ke sekolah dengan membawa nilai2 yang tidak elok ke sekolah? Mungkin tidak kerana mereka merasakan tanggungjawab mendidik anak2 mereka adalah tanggungjawab guru semata2. Tidak! Menghormati orang tua, bercakap dengan sopan, tidak mengeluarkan kata2 kesat, itu semua adalah nilai yang telah dibentuk oleh ibu bapa dan di bawa ke sekolah oleh anak2 pelajar. Apabila nilai yang negatif ini telah ada, maka ia sedikit sebanyak menyukarkan tugas guru dalam menyampaikan ilmu. Guru mengalami kesukaran kerana dalam proses untuk menyampaikan ilmu, dia juga turut merasakan keperluan untuk membentuk peribadi dan sikap yang baik dalam diri pelajarnya. Di sinilah kadang2 guru menggunakan berbagai cara bagi membentuk sahsiah pelajar itu dan antaranya termasuklah merotan. Adakah ibu bapa akan percaya apa yang guru perkatakan? Kadang2 ya,dan kadang2 tidak.sekiranya anak mereka berubah kepada kebaikan maka tiada pun hadiah menggunung dan duit hantaran terima kasih, tapi sekiranya sebaliknya yang berlaku, maka cikgu tersebut akan di bawa ke mahkamah untuk dibicarakan. Ibu bapa sekalian, sedarlah bahawa dalam membina insan adalah perkara yang susah.sekiranya ibu bapa tidak bolah menjaga anak mereka yang hanya 4, 5 orang, inikan guru yang menjaga sampai 30 hingga 40 orang setiap kelas. Terima kasih kepada undang2 sekarang, maka apa yang perlu guru lakukan adalah lebih jelas. Guru jangan cuba untuk menjerat leher sendiri. Tuliskan sahaja apa kesalahan yang pelajar lakukan dan kita buat laporan. Jangan ambil apa2 tindakan kerana ia akan merugikan guru. Ajarkanlah sahaja mata pelajaran yang cikgu di arahkan. Sememangnya kita guru akan selamat. Apa yang akan jadi kepada pelajar kita, tak perlulah kita pedulikan sangat, cukup sekadar membuat laporan hitam putih sahaja. Ibu bapa, sebenarnya merekalah yang lebih berhak ke atas pembentukan sahsiah pelajar. Di manakah pelajar akan mempraktikkan ilmu yang telah mereka pelajari di sekolah kalau bukan di rumah? Atas pemerhatian ibu bapalah mereka perlu membentuk sahsiah pelajar dan bukan sebaliknya. sekian.

Ahad, 19 Februari 2012

“Seks Adalah Perkara Biasa Bagi Pelajar Sekolah oleh http://mynewshub.my/2012/02/05/seks-adalah-perkara-biasa-bagi-pelajar-sekolah/ Di dalam artikel ini, yang paling saya sebagai guru paling geruni adalah penggunaan ayat ‘pelajar sekolah’. Kalau boleh saya ingin utarakan kenapa tidak di letakkan label remaja atau pemuda pemudi. Adakah sememangnya menjadi tanggungjawab guru untuk mendidik anak2? Situasi ini berlaku adalah kerana semua pihak lain cuba untuk lari daripada tanggungjawab dan menuding jari kepada pihak sekolah amnya dan guru khususnya. Sebagai seorang guru, saya amat kecewa dengan sistem sekarang. Hampir di semua sekolah, ada diajarkan subjek Pendidikan Islam. Ianya adalah subjek wajib.menjadi tugas guru adalah untuk mengajarkan ilmu kepada pelajar (orang yang ingin belajar) di sekolah. Namun, sejauh mana berkesannya ilmu dan dekatnya ilmu itu dengan qalmu mereka adalah tanggungjawab semua. Kita perlukan semua orang untuk mengambil bahagian dalam membentuk individu yang bermoral tinggi dan mempunyai nilai pegangan agama. Persekitaran sekarang sememangnya sudah tidak menyumbang kepada pembentukan sahsiah remaja. Semasa zaman kita dahulu, untuk melepak sehingga waktu maghrib adalah perkara yang dianggap sebagai salah. Mereka yang lebih tua akan menegur mereka yang melepak. Tetapi adakah buadaya itu diamalkan dikalangan masyarakat sekarang? Sedangkan kita tahu bahawa waktu sembahyang maghrib sepatutnya kita berada di rumah, bersama anak2 dan sebaik2nya menunaikan solat berjemaah bersama keluarga...(bersambung)

Rabu, 15 Februari 2012

kesediaan untuk mengajar


guru adalah pekerjaan yang selalu dianggap mulia. bukan kami menafikan kan, tapi kekadang ada antara kami yang tidak menunjukkan sedemikian. walau ntah di mana silap nya, kita kadang2 memang selalu terjerumus ke dalam perangkap syaitan...dan di sinilah kita perlu sentiasa memohon perlindungan Allah dari syaitan yang menyesatkan.

kami seringkali berusaha untuk membentuk sahsiah pelajar yang terbaik buat semua orang. ini termasuklah buat pelajr itu sendiri, untuk ibu bapa yang mengharapkan kami mengubah perilaku anak2 mereka, dan buat masyarakat yang ingin bahagia, mesra dan gembira.

walau apapun yang kami buat kekadang disalahertikan, dipersalahkan kembali, dan dikenakan tindakan oleh pihak2 tertentu, dan walaupun tiada pembelaan, masih ramai di antara kami yang masih meneruskan niat suci murni itu.

sekarang amat sukar untuk mencari mereka yang memberikan penghargaan kepada guru. sekiranya berjaya, ia adalah faktor kelas2 tusyen, faktor kawan2, sokongan ibu bapa. tetapi sekiranya yang sebaliknya berlaku, samada gagal dala peperiksaan, buruk sahsiah, jawapan mereka adalah 'non of the above'. guru juga jawapan yang terhangat di pasaran...

aku adalah seorang guru, dan seorang ayah...

Isnin, 13 Februari 2012

kenapa dunia


dengan nama Allah yang Maha pemurah...
hari ini saya melihat satu video di internet. pasal peperangan yang berlaku di syria. ya tuhan ku, kenapa la manusia berlaku sedemikian? adakah apabila perang tercetus, aku pun akan bertindak sedemikian?
ntah la di mana yang kita panggil diri kita sebagai manusia,apabila kita melihat apa yang berlaku dan tiada rasa di hati kita, maka, tuhan telah mematikan hati kamu.
mereka kah yang digelar sebagai manusia? yang kita selalu label dengan bangga kemanusiaan? inikah yang kita kejar dengan nama kemanusiaan itu? adakah dengan cara macam tu kita akan dapat mencari sebuah kemenangan? sebuah kemanusiaan? menggunakan cara yang terlalu kejam untuk membangunkan sebuah ketamadunan?
kita mungkin tidak tahu menahu apa yang berlaku di sana, tapi kita tidak boleh terus membuat keputusan siapa yang bersalah dengan hanya melihat video di internet, kan? namun, perbuatan sedemikian tidak mungkin akan menjadi baik walau apapun yang berlaku...
penindas sebenarnya tidak pernah meletakkan diri mereka sebagai orang yang ditindas.sebab itu mereka tidak merasa apa2 ketika mereka melakukan perbuatan tersebut...
semoga Allah akan memberikan ketentuan yang baik kepada insan2 yang beriman kepada-Nya.

Sabtu, 11 Februari 2012

siapakah antara kita..

seringkali saya fikirkan,berapa ramai rakan2 yang selalu sahaja membicarakan hal2 yang mereka rasakan penting, tetapi percakapan mereka tidak mampu untuk mengubah apa2. sampai bila orang melayu akan kekal dengan budaya politik kedai kopi...atau dewan makan...atau juga kantin.
walaupun terasa seperti hendak tergelak,tapi itulah hakikatnya.
perkataan yang sering keluar adalah 'kalaulah...'
kita jangan suka komen pasal orang dan mende2 hok orang lain buat. mungkin dia berbuat demikian kerana desakan sesuatu atau seseorang...dan kita yang tidak tahu apa yang orang tersebut alami mungkin kita yang perlu untuk merenung kembali sikap dan diri kita.