Gold Clock

FIND THIS!

Sabtu, 11 Ogos 2012

selamat berpuasa dan menyambut syawal...

adapun hari2 yang kita lalui,dengan perasaan malu kadang2 bila anak sendiri yang mula mengajak kita pergi ke terawikh bilamana kita terfikir mungkin hendak rehat malam tersebut. anak-anak kita mungkin pendorong bagi kita untuk memperbanyakkan amalan kita dan menjadikan kita lebih taat kepada Allah. apapun,bersyukurla dengan apa yang telah berikan kepada kita.selalunya pun, bila masa kita berdoa kita sentiasa mendoakan supaya tuhan makbulkan doa kita..walhal kita sepatutnya mendoakan semoga Allah memberikan yang terbaik untuk kita, walaupun ia bukan semestinya yang bagus untuk kita pada masa itu. kadang2 apa yang berlaku pada kita memang sukar untuk kita hadapi. dan kita kadang2 juga merungut tentangnya. tetapi siapa tahu apa hikmah disebalik apa yang berlaku selain Dia? semoga puasa kita tahun ini akan mendapat lebih berkat dan rahmat dari Allah dan menerima semua ibadat yang telah dan akan kita lakukan.. sebaik2 kata dalam bulan ramadhan ini adalah.... semoga kita akan dipertemukan tuhan dengan malam yang satu....insyaallah...

Sabtu, 21 Julai 2012

selamat berpose

selamat datang kepada ramadhan.tahun nie ade lagi peluang untuk kita same2 menunaikan ibadah pose.semoga segala amalan kita akan diterima olah Allah dan kita sama2 berusaha dalam mencari redha Allah. malam semalam adalah malam pertama ramadhan, dan malam ni malam kedua.aku lihat di masjid penuh dengan jemaah datang menunaikan solat terawih. ingin sekali aku melengkapkan solat terawih selama sebulan.kadang2 malas datang jugak.kadang2 nafsu berbuka besor sangat sampai sendat perut nak sembahyang..ketika itu mata mengantuk sangatla... walau apapun yang kita buat, semoga kita akan sentiasa berusaha untuk menambahkan lagi pahala kita dengan mengambil peluang ramadhan tahun ini. mungkin selama ini banyak amalan kita yang tidak sempurna dan kinila masanya untuk kita menampung mana2 ibadat yang lompang tersebut.. sama2 kita puasa dengan sempurna yang mampu...banyakkan zikir dan menyebut nama2 Allah...banyakkan istighfat...banyakkan solat sunat...banyakkan berdoa...semoga tuhan menjadikan kita hamba yang lebih baik daripada sebelum ini..

Rabu, 18 Julai 2012

ketam ketamla jua...

gambar daripada web (http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/02/apabila-ketam-menyuruh-anaknya-berjalan.html) baru2 niee aku ader g ceramah..penceramah nie semua orang nak kenal...sbb orang yg berpangkat. saya setuju dengan pa yang beliau cakapkan.seratus peratus. tetapi dah banyak kali ceramah sebegini yang saya ikuti. mereka lebih kepada hendak memberikan idea bernas mereka supaya kita boleh gunakan dalam pekerjaan kita. cuma saya rasanya ade satu perkara yang mereka terlupa atau sengaja buat2 lupa atau yang mungkin sewaktu dengannya. untuk mencadangkan kerja kepada orang lain itu memang kami hargai,sgt2 hargai. tetapi untuk kami menggunakan apa yang awak berikan itu perlu juga melihat kepada peluang dan ruang kami. setelah semua ruang dan ruang kami telah diisi dengan semua bende2 yang memang dah penting, manakan lagi ada ruang untuk disumbat program yang tuan cuba untuk terapkan. untuk menjadi seorang ketua yang baik kita kene tahu apa masalah yang bawahan hadapi.ini memungkinkan kita untuk mencari lebih peluang dan ruang penambahbaikan...] setakat mencadang dan minta kami implement kan, tahula dahulu masalah kami. adakah masa kami mencukupi untuk lakukan semua benda ymng awak sendiri labelkan penting???? manakan boleh dah kalu spesis ketam nak diajarkan cara berjalan catwalk?????

Rabu, 11 Julai 2012

kemalangan lagii..

petang semalam selepas selesai kejohanan olahraga sekolah, aku pulang dengan badan yg keletihan, kaki yg luka berbalut plaster pada kedua2 ibu jari kaki.rehat...itulah yg badan ini perlukan.. manalah kita tahu malang akan berulang.. malamnya, isteri aku keluar untuk ke sekolah melakukan kerja2 amal.tgh nak lelap mata, tiba2 dia meluru masuk. abang, kereta kita accident.. langgar orang ker aku tanyer... tak ah, masuk longkang. aku tak tahula korang percaya tak, tapi biler dia kata masuk longkang tu aku dah lega...bukan sbb apa, harap2 takder la nk kene bayar ganti rugi pada orang... sedihnya memikirkan, kancil br jer masuk workshop sbb aku langgar lembu.tb2 arini bini aku lak accident... mungkin dah sampai masanya dia suroh kami ni tukor kereta..aku cakap kat bini aku...kita nie mcm kene balasan tuhan sbb kufur nikmat kot.. duit melambak,tp xnak guna untuk keselesaan hidup..moga2 lepas ni bini aku satujula nak ambik kereta baru.. nak tahu kereta apa?....tunggula...

Sabtu, 7 Julai 2012

hati..

ader pepatah yang mengatakan,berat mata memandang berat bahu memikul.. ader satu ceramah semalam aku dengar..dia kate, tidak ade perkataan yang terbaik kecuali untuk beberapa perkara.dan perkara yang aku igt adalah... ....kata2 doa daripada seseorang yang mendoakan kepada orang lain. benarkah begitu sukar untuk kita mendoakan orang lain? kenapa sampai begitu? sekiranya anak didik saya minta saya doakan kejayaan mereka,dimana2 saya jumpa,pada masa itu juga saya akan tadahkan doa, seikhlas hati mendoakan mereka. berdoa untuk orang lain... tidak ada disyaratkan bagi seseorang berdoa pada saya, cukupla hati yg ikhlas, tadah tangan, dan menyebut nama Allah. hari ini saya ke padang dan terpandang seorang ibu bersama seorang anaknya yang istimewa.. sedih hati ini melihat apa yang sanggup ibu itu lakukan untuk anak dia.membawa anaknya keluar dari rumah bg melihat2 dunia luar.. pada ketika aku melihat mereka, terus hati aku ingin berdoa..dengan hati aku yg sebak, mata yg berair, dan aku berkata.. ya Allah, berikanlah sebaik2 ketentuan olah MU terhadap mereka, kerana Engkau lah Yang Maha Mengetahui.. sukarkah untuk kita berdoa? gambar dari: http://born2touchurheart.blogspot.com/2010/12/doa-agar-allah-berikan-rezeki.html

Rabu, 27 Jun 2012

bisul

sedih betul hati ayah bila mana anak selalu sangat menangis dan merengek. anak aku yang bongsu, tuan ahmad muaz, kene bisul betul2 ka dagu.nak minum susu, tersentuhla.nak hisap puting kosong pun kene.tiap2 masa dia asyik nangis jer.kesian...hati aku sangat sayu bila anak menangis...dulu anak pertama selalu jg menangis masa dalam pantang,tp yg ini selalu sakit2. asyik silih berganti sakitnya...mula2 dia ulser dalam mulut..nangis jer,minum sus pun kurang.pasti demam plak... dah baik demem kene plak bisul.. malam tadi isteri dah pecahkan..teruk dia menangis mas tu.kau lak, tak sampai ati nak buat macam tu.banyak jg darah dan nanah keluar..harrrap2 dia sihat lepas nie.tapi selepas malam tadi, dah pecahkan bisul tu, dia dah ok tidur.. alhamdulillah...

Jumaat, 22 Jun 2012

imam mahdi

sekarang rasanya macam terlalu banyak info imam mahdi di internet. macam2 yang diorang tulis...dari mana akan munculnya imam mahdi? banyak sangat teorinya...ntah kenapa kita masing2 nak cakap imam mahdi datang dari negara mana?penting sangat ker? nabi cakap kene berpegang kepada al quran dan.... kite masing2 bulih jer bentang teori2 ni senang2? kesian lak aku nengok..bukan ape, semua ader teori dan masing2 pakai hadith yang lebih kurang sama...tapi selain daripada tu, ulasan semua nya balik2 kepada teori masing2... kalau di ikutkan, kita semua tak tahu mana yang betul, sebab tu kita pakai jer teori masing2...sambil2 kita dok gaduh3 pasal teori ni, agak2nya apa yang conspirator tengah buat?mungkin mereka juga ader agen di kalangan kita yang telah menghangatkan perbincangan ini dengan tujuan supaya kita saling bertikam lidah dari mana imam mahdi akan muncul... sedih nye.bukan orang calang2 yang menulis semua nie...tapi adakah mereka ade memikirkan bahawa mereka telah menjadi buah catur conspirator? menghangatkan dan melarikan fokus umat islam bukan kepada mencari dan mengakui kedatangan imam mahdi, tetapi menggunakan teori masing2 mungkin utk mengatakan bahawa imam mahdi di negara mereka adalah 'yang benar'?supaya kita akan bergaduh hanya semata2 untuk menegakkan teori maisng2? jom la kite pikir2 kan...