Ahad, 19 Februari 2012
“Seks Adalah Perkara Biasa Bagi Pelajar Sekolah oleh http://mynewshub.my/2012/02/05/seks-adalah-perkara-biasa-bagi-pelajar-sekolah/
Di dalam artikel ini, yang paling saya sebagai guru paling geruni adalah penggunaan ayat ‘pelajar sekolah’. Kalau boleh saya ingin utarakan kenapa tidak di letakkan label remaja atau pemuda pemudi.
Adakah sememangnya menjadi tanggungjawab guru untuk mendidik anak2? Situasi ini berlaku adalah kerana semua pihak lain cuba untuk lari daripada tanggungjawab dan menuding jari kepada pihak sekolah amnya dan guru khususnya.
Sebagai seorang guru, saya amat kecewa dengan sistem sekarang. Hampir di semua sekolah, ada diajarkan subjek Pendidikan Islam. Ianya adalah subjek wajib.menjadi tugas guru adalah untuk mengajarkan ilmu kepada pelajar (orang yang ingin belajar) di sekolah. Namun, sejauh mana berkesannya ilmu dan dekatnya ilmu itu dengan qalmu mereka adalah tanggungjawab semua.
Kita perlukan semua orang untuk mengambil bahagian dalam membentuk individu yang bermoral tinggi dan mempunyai nilai pegangan agama.
Persekitaran sekarang sememangnya sudah tidak menyumbang kepada pembentukan sahsiah remaja. Semasa zaman kita dahulu, untuk melepak sehingga waktu maghrib adalah perkara yang dianggap sebagai salah. Mereka yang lebih tua akan menegur mereka yang melepak. Tetapi adakah buadaya itu diamalkan dikalangan masyarakat sekarang? Sedangkan kita tahu bahawa waktu sembahyang maghrib sepatutnya kita berada di rumah, bersama anak2 dan sebaik2nya menunaikan solat berjemaah bersama keluarga...(bersambung)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan