Sabtu, 25 Februari 2012
sambungan...
“Seks Adalah Perkara Biasa Bagi Pelajar Sekolah oleh http://mynewshub.my/2012/02/05/seks-adalah-perkara-biasa-bagi-pelajar-sekolah/
Di sini adalah tanggungjawab ibu bapa yang cuba untuk meletakkan kesilapan mereka kepada guru-guru di sekolah. Tidakkah mereka merasakan malu sekiranya anak mereka ke sekolah dengan membawa nilai2 yang tidak elok ke sekolah?
Mungkin tidak kerana mereka merasakan tanggungjawab mendidik anak2 mereka adalah tanggungjawab guru semata2. Tidak! Menghormati orang tua, bercakap dengan sopan, tidak mengeluarkan kata2 kesat, itu semua adalah nilai yang telah dibentuk oleh ibu bapa dan di bawa ke sekolah oleh anak2 pelajar.
Apabila nilai yang negatif ini telah ada, maka ia sedikit sebanyak menyukarkan tugas guru dalam menyampaikan ilmu. Guru mengalami kesukaran kerana dalam proses untuk menyampaikan ilmu, dia juga turut merasakan keperluan untuk membentuk peribadi dan sikap yang baik dalam diri pelajarnya. Di sinilah kadang2 guru menggunakan berbagai cara bagi membentuk sahsiah pelajar itu dan antaranya termasuklah merotan.
Adakah ibu bapa akan percaya apa yang guru perkatakan? Kadang2 ya,dan kadang2 tidak.sekiranya anak mereka berubah kepada kebaikan maka tiada pun hadiah menggunung dan duit hantaran terima kasih, tapi sekiranya sebaliknya yang berlaku, maka cikgu tersebut akan di bawa ke mahkamah untuk dibicarakan.
Ibu bapa sekalian, sedarlah bahawa dalam membina insan adalah perkara yang susah.sekiranya ibu bapa tidak bolah menjaga anak mereka yang hanya 4, 5 orang, inikan guru yang menjaga sampai 30 hingga 40 orang setiap kelas.
Terima kasih kepada undang2 sekarang, maka apa yang perlu guru lakukan adalah lebih jelas. Guru jangan cuba untuk menjerat leher sendiri. Tuliskan sahaja apa kesalahan yang pelajar lakukan dan kita buat laporan. Jangan ambil apa2 tindakan kerana ia akan merugikan guru. Ajarkanlah sahaja mata pelajaran yang cikgu di arahkan. Sememangnya kita guru akan selamat. Apa yang akan jadi kepada pelajar kita, tak perlulah kita pedulikan sangat, cukup sekadar membuat laporan hitam putih sahaja.
Ibu bapa, sebenarnya merekalah yang lebih berhak ke atas pembentukan sahsiah pelajar. Di manakah pelajar akan mempraktikkan ilmu yang telah mereka pelajari di sekolah kalau bukan di rumah? Atas pemerhatian ibu bapalah mereka perlu membentuk sahsiah pelajar dan bukan sebaliknya.
sekian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan