Sabtu, 21 Julai 2012
selamat berpose
selamat datang kepada ramadhan.tahun nie ade lagi peluang untuk kita same2 menunaikan ibadah pose.semoga segala amalan kita akan diterima olah Allah dan kita sama2 berusaha dalam mencari redha Allah.
malam semalam adalah malam pertama ramadhan, dan malam ni malam kedua.aku lihat di masjid penuh dengan jemaah datang menunaikan solat terawih.
ingin sekali aku melengkapkan solat terawih selama sebulan.kadang2 malas datang jugak.kadang2 nafsu berbuka besor sangat sampai sendat perut nak sembahyang..ketika itu mata mengantuk sangatla...
walau apapun yang kita buat, semoga kita akan sentiasa berusaha untuk menambahkan lagi pahala kita dengan mengambil peluang ramadhan tahun ini.
mungkin selama ini banyak amalan kita yang tidak sempurna dan kinila masanya untuk kita menampung mana2 ibadat yang lompang tersebut..
sama2 kita puasa dengan sempurna yang mampu...banyakkan zikir dan menyebut nama2 Allah...banyakkan istighfat...banyakkan solat sunat...banyakkan berdoa...semoga tuhan menjadikan kita hamba yang lebih baik daripada sebelum ini..
Rabu, 18 Julai 2012
ketam ketamla jua...
gambar daripada web (http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/02/apabila-ketam-menyuruh-anaknya-berjalan.html)
baru2 niee aku ader g ceramah..penceramah nie semua orang nak kenal...sbb orang yg berpangkat.
saya setuju dengan pa yang beliau cakapkan.seratus peratus.
tetapi dah banyak kali ceramah sebegini yang saya ikuti.
mereka lebih kepada hendak memberikan idea bernas mereka supaya kita boleh gunakan dalam pekerjaan kita.
cuma saya rasanya ade satu perkara yang mereka terlupa atau sengaja buat2 lupa atau yang mungkin sewaktu dengannya.
untuk mencadangkan kerja kepada orang lain itu memang kami hargai,sgt2 hargai.
tetapi untuk kami menggunakan apa yang awak berikan itu perlu juga melihat kepada peluang dan ruang kami.
setelah semua ruang dan ruang kami telah diisi dengan semua bende2 yang memang dah penting, manakan lagi ada ruang untuk disumbat program yang tuan cuba untuk terapkan.
untuk menjadi seorang ketua yang baik kita kene tahu apa masalah yang bawahan hadapi.ini memungkinkan kita untuk mencari lebih peluang dan ruang penambahbaikan...]
setakat mencadang dan minta kami implement kan, tahula dahulu masalah kami. adakah masa kami mencukupi untuk lakukan semua benda ymng awak sendiri labelkan penting????
manakan boleh dah kalu spesis ketam nak diajarkan cara berjalan catwalk?????
Rabu, 11 Julai 2012
kemalangan lagii..
petang semalam selepas selesai kejohanan olahraga sekolah, aku pulang dengan badan yg keletihan, kaki yg luka berbalut plaster pada kedua2 ibu jari kaki.rehat...itulah yg badan ini perlukan..
manalah kita tahu malang akan berulang..
malamnya, isteri aku keluar untuk ke sekolah melakukan kerja2 amal.tgh nak lelap mata, tiba2 dia meluru masuk. abang, kereta kita accident..
langgar orang ker aku tanyer... tak ah, masuk longkang. aku tak tahula korang percaya tak, tapi biler dia kata masuk longkang tu aku dah lega...bukan sbb apa, harap2 takder la nk kene bayar ganti rugi pada orang...
sedihnya memikirkan, kancil br jer masuk workshop sbb aku langgar lembu.tb2 arini bini aku lak accident...
mungkin dah sampai masanya dia suroh kami ni tukor kereta..aku cakap kat bini aku...kita nie mcm kene balasan tuhan sbb kufur nikmat kot..
duit melambak,tp xnak guna untuk keselesaan hidup..moga2 lepas ni bini aku satujula nak ambik kereta baru..
nak tahu kereta apa?....tunggula...
Sabtu, 7 Julai 2012
hati..
ader pepatah yang mengatakan,berat mata memandang berat bahu memikul..
ader satu ceramah semalam aku dengar..dia kate, tidak ade perkataan yang terbaik kecuali untuk beberapa perkara.dan perkara yang aku igt adalah...
....kata2 doa daripada seseorang yang mendoakan kepada orang lain.
benarkah begitu sukar untuk kita mendoakan orang lain? kenapa sampai begitu?
sekiranya anak didik saya minta saya doakan kejayaan mereka,dimana2 saya jumpa,pada masa itu juga saya akan tadahkan doa, seikhlas hati mendoakan mereka.
berdoa untuk orang lain...
tidak ada disyaratkan bagi seseorang berdoa
pada saya, cukupla hati yg ikhlas, tadah tangan, dan menyebut nama Allah.
hari ini saya ke padang dan terpandang seorang ibu bersama seorang anaknya yang istimewa..
sedih hati ini melihat apa yang sanggup ibu itu lakukan untuk anak dia.membawa anaknya keluar dari rumah bg melihat2 dunia luar..
pada ketika aku melihat mereka, terus hati aku ingin berdoa..dengan hati aku yg sebak, mata yg berair, dan aku berkata..
ya Allah,
berikanlah sebaik2 ketentuan olah MU terhadap mereka, kerana Engkau lah Yang Maha Mengetahui..
sukarkah untuk kita berdoa?
gambar dari:
http://born2touchurheart.blogspot.com/2010/12/doa-agar-allah-berikan-rezeki.html
Langgan:
Catatan (Atom)