FIND THIS!

Sabtu, 25 Februari 2012

sambungan...

“Seks Adalah Perkara Biasa Bagi Pelajar Sekolah oleh http://mynewshub.my/2012/02/05/seks-adalah-perkara-biasa-bagi-pelajar-sekolah/ Di sini adalah tanggungjawab ibu bapa yang cuba untuk meletakkan kesilapan mereka kepada guru-guru di sekolah. Tidakkah mereka merasakan malu sekiranya anak mereka ke sekolah dengan membawa nilai2 yang tidak elok ke sekolah? Mungkin tidak kerana mereka merasakan tanggungjawab mendidik anak2 mereka adalah tanggungjawab guru semata2. Tidak! Menghormati orang tua, bercakap dengan sopan, tidak mengeluarkan kata2 kesat, itu semua adalah nilai yang telah dibentuk oleh ibu bapa dan di bawa ke sekolah oleh anak2 pelajar. Apabila nilai yang negatif ini telah ada, maka ia sedikit sebanyak menyukarkan tugas guru dalam menyampaikan ilmu. Guru mengalami kesukaran kerana dalam proses untuk menyampaikan ilmu, dia juga turut merasakan keperluan untuk membentuk peribadi dan sikap yang baik dalam diri pelajarnya. Di sinilah kadang2 guru menggunakan berbagai cara bagi membentuk sahsiah pelajar itu dan antaranya termasuklah merotan. Adakah ibu bapa akan percaya apa yang guru perkatakan? Kadang2 ya,dan kadang2 tidak.sekiranya anak mereka berubah kepada kebaikan maka tiada pun hadiah menggunung dan duit hantaran terima kasih, tapi sekiranya sebaliknya yang berlaku, maka cikgu tersebut akan di bawa ke mahkamah untuk dibicarakan. Ibu bapa sekalian, sedarlah bahawa dalam membina insan adalah perkara yang susah.sekiranya ibu bapa tidak bolah menjaga anak mereka yang hanya 4, 5 orang, inikan guru yang menjaga sampai 30 hingga 40 orang setiap kelas. Terima kasih kepada undang2 sekarang, maka apa yang perlu guru lakukan adalah lebih jelas. Guru jangan cuba untuk menjerat leher sendiri. Tuliskan sahaja apa kesalahan yang pelajar lakukan dan kita buat laporan. Jangan ambil apa2 tindakan kerana ia akan merugikan guru. Ajarkanlah sahaja mata pelajaran yang cikgu di arahkan. Sememangnya kita guru akan selamat. Apa yang akan jadi kepada pelajar kita, tak perlulah kita pedulikan sangat, cukup sekadar membuat laporan hitam putih sahaja. Ibu bapa, sebenarnya merekalah yang lebih berhak ke atas pembentukan sahsiah pelajar. Di manakah pelajar akan mempraktikkan ilmu yang telah mereka pelajari di sekolah kalau bukan di rumah? Atas pemerhatian ibu bapalah mereka perlu membentuk sahsiah pelajar dan bukan sebaliknya. sekian.

Ahad, 19 Februari 2012

“Seks Adalah Perkara Biasa Bagi Pelajar Sekolah oleh http://mynewshub.my/2012/02/05/seks-adalah-perkara-biasa-bagi-pelajar-sekolah/ Di dalam artikel ini, yang paling saya sebagai guru paling geruni adalah penggunaan ayat ‘pelajar sekolah’. Kalau boleh saya ingin utarakan kenapa tidak di letakkan label remaja atau pemuda pemudi. Adakah sememangnya menjadi tanggungjawab guru untuk mendidik anak2? Situasi ini berlaku adalah kerana semua pihak lain cuba untuk lari daripada tanggungjawab dan menuding jari kepada pihak sekolah amnya dan guru khususnya. Sebagai seorang guru, saya amat kecewa dengan sistem sekarang. Hampir di semua sekolah, ada diajarkan subjek Pendidikan Islam. Ianya adalah subjek wajib.menjadi tugas guru adalah untuk mengajarkan ilmu kepada pelajar (orang yang ingin belajar) di sekolah. Namun, sejauh mana berkesannya ilmu dan dekatnya ilmu itu dengan qalmu mereka adalah tanggungjawab semua. Kita perlukan semua orang untuk mengambil bahagian dalam membentuk individu yang bermoral tinggi dan mempunyai nilai pegangan agama. Persekitaran sekarang sememangnya sudah tidak menyumbang kepada pembentukan sahsiah remaja. Semasa zaman kita dahulu, untuk melepak sehingga waktu maghrib adalah perkara yang dianggap sebagai salah. Mereka yang lebih tua akan menegur mereka yang melepak. Tetapi adakah buadaya itu diamalkan dikalangan masyarakat sekarang? Sedangkan kita tahu bahawa waktu sembahyang maghrib sepatutnya kita berada di rumah, bersama anak2 dan sebaik2nya menunaikan solat berjemaah bersama keluarga...(bersambung)

Rabu, 15 Februari 2012

kesediaan untuk mengajar


guru adalah pekerjaan yang selalu dianggap mulia. bukan kami menafikan kan, tapi kekadang ada antara kami yang tidak menunjukkan sedemikian. walau ntah di mana silap nya, kita kadang2 memang selalu terjerumus ke dalam perangkap syaitan...dan di sinilah kita perlu sentiasa memohon perlindungan Allah dari syaitan yang menyesatkan.

kami seringkali berusaha untuk membentuk sahsiah pelajar yang terbaik buat semua orang. ini termasuklah buat pelajr itu sendiri, untuk ibu bapa yang mengharapkan kami mengubah perilaku anak2 mereka, dan buat masyarakat yang ingin bahagia, mesra dan gembira.

walau apapun yang kami buat kekadang disalahertikan, dipersalahkan kembali, dan dikenakan tindakan oleh pihak2 tertentu, dan walaupun tiada pembelaan, masih ramai di antara kami yang masih meneruskan niat suci murni itu.

sekarang amat sukar untuk mencari mereka yang memberikan penghargaan kepada guru. sekiranya berjaya, ia adalah faktor kelas2 tusyen, faktor kawan2, sokongan ibu bapa. tetapi sekiranya yang sebaliknya berlaku, samada gagal dala peperiksaan, buruk sahsiah, jawapan mereka adalah 'non of the above'. guru juga jawapan yang terhangat di pasaran...

aku adalah seorang guru, dan seorang ayah...

Isnin, 13 Februari 2012

kenapa dunia


dengan nama Allah yang Maha pemurah...
hari ini saya melihat satu video di internet. pasal peperangan yang berlaku di syria. ya tuhan ku, kenapa la manusia berlaku sedemikian? adakah apabila perang tercetus, aku pun akan bertindak sedemikian?
ntah la di mana yang kita panggil diri kita sebagai manusia,apabila kita melihat apa yang berlaku dan tiada rasa di hati kita, maka, tuhan telah mematikan hati kamu.
mereka kah yang digelar sebagai manusia? yang kita selalu label dengan bangga kemanusiaan? inikah yang kita kejar dengan nama kemanusiaan itu? adakah dengan cara macam tu kita akan dapat mencari sebuah kemenangan? sebuah kemanusiaan? menggunakan cara yang terlalu kejam untuk membangunkan sebuah ketamadunan?
kita mungkin tidak tahu menahu apa yang berlaku di sana, tapi kita tidak boleh terus membuat keputusan siapa yang bersalah dengan hanya melihat video di internet, kan? namun, perbuatan sedemikian tidak mungkin akan menjadi baik walau apapun yang berlaku...
penindas sebenarnya tidak pernah meletakkan diri mereka sebagai orang yang ditindas.sebab itu mereka tidak merasa apa2 ketika mereka melakukan perbuatan tersebut...
semoga Allah akan memberikan ketentuan yang baik kepada insan2 yang beriman kepada-Nya.

Sabtu, 11 Februari 2012

siapakah antara kita..

seringkali saya fikirkan,berapa ramai rakan2 yang selalu sahaja membicarakan hal2 yang mereka rasakan penting, tetapi percakapan mereka tidak mampu untuk mengubah apa2. sampai bila orang melayu akan kekal dengan budaya politik kedai kopi...atau dewan makan...atau juga kantin.
walaupun terasa seperti hendak tergelak,tapi itulah hakikatnya.
perkataan yang sering keluar adalah 'kalaulah...'
kita jangan suka komen pasal orang dan mende2 hok orang lain buat. mungkin dia berbuat demikian kerana desakan sesuatu atau seseorang...dan kita yang tidak tahu apa yang orang tersebut alami mungkin kita yang perlu untuk merenung kembali sikap dan diri kita.