Sabtu, 24 Mac 2012
dipetik dari http://kudeed.tblog.com/
Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak pompuan.
Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut ! Ni kes berebut anak lelaki le.... Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut.
Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir,macam mana nak selesaikan masalah tersebut.Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut! Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor
dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya le apa masalahnya.
Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum.Korang nak tau tak, apa yang dia suruh buat ? Alah...bukannya suruh potong dua cam dalam citer melayu lama tuh ! Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya!
Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut. So, setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu.
Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut.
Maka doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan !
Semoga menjadi panduan buat kita semua......
Rabu, 21 Mac 2012
kate la guane pon, maroh la kuat mane pon, biler kite balik, tengok jer muker die.....tenang.tulah namenye anok kite... hok sedak molek, mok siap kabo agi...mung kalu nok tengok muke ngan perangai mung dulu, mung tengok jer muker anok mung oh...hok kuat nangis ke, hok kuat hisap botol ker, hok kuat tido ker, ade blake seme...
tapi boh, ader hok ngelat....hok baik2 seme ikut die....sebab hok tok molek tuuuhh.....ikut bini ah.... ooo sedak boh cakap ale ker kiter...sebab ape? cakap nie tok payoh bayor boh... pah ceroh bulih kalu nok cakap hok gitu...ke guaner??????
Isnin, 19 Mac 2012
aku selalu pening bila mana memikirkan banyaknyer kerja yang belum selesai. kadang2 kerja kat sekolah yang menuntut perhatian, masa dan tenaga.. merancang aktiviti untuk keesokan hari...ingin menjadi guru yang mengajar dengan cara yang kreatif, dan melahirkan pelajar yang minat sains...
a good teacher inspire his students....
semoga aku menjadi seorang guru yang terbaik....sebagaimana aku mahukan seorang guru yang pernah mengajar aku, begitulah aku perlu mengajar anak2 didikku hari ini.cuma yang berbeza pada kaedah dan teknikal...
semasa di rumah, peningnya adalah dengan kerenah mereka.walau anak baru 2 orang, tapi rumah dah macam dok setinggan.belom pon lagi adik sempat berenti nangis, si abang plak sambung radio buruk...macamner tak buruk,bunyi eeer ereerere eereeeee jer manjang.takde senikata langsung.
kalu di fikirkan, masa dok sorang2 memang tergelak beso.apa yang diorang buat sebenornya kita semua pernah buat,kan? budak2, apalagi yang diorang tahu buat selain menangis...
ader member kat skolah cakap...orang yang marah kat budok2 nir, otak dok betul...sebab budak mana tau mende2.die mane tau betul salah, mana tau bulih buak ke dok...yang penting dia rasa seronok jess...
sampai la ader member aku hok lening pindoh doh kelante, anok dia baling smpi pecah lcd tv, dia buat rileks jess....
aku sungguh kagum...
Ahad, 11 Mac 2012
sudah terlalu lama terlupa untuk aku ungkapkan kata2 cinta untuk isteri.adakah kita semua begitu? walhal, pernah satu masa dahulu kita adalah seorang pemuja cinta,yang dambakan kasih dari dia? kenapa tiba2 perasaan itu hilang sejak kita telah memiliki dia? setelah kita mempunyai anak? terasa jelekkah untuk mengungkapkan kata2 cinta itu?
kita selalu kata inginkan seorang yang romantik dalam hidup kita.tapi selepas sahaja kita memiliki wanita tersebut semua yang pernah kita lakukan untuknya telah hilang...dan tiap kali melihat kembali apa yang pernah kita lakukan satu masa dulu.
romantik mungkin adalah sifat yang lahir dalam diri seseorang yang ingin untuk menghargai insan lain. semoga apa yang pernah kita lakukan dahulu bagi menghargai wanita yang hadir dalam hidup kita tidak akan berakhir setelah kita mendapat anak2, dan usia yang kian memamah diri kita....
Langgan:
Catatan (Atom)